( 2 ) Sumbangan Khulafa al – Rasyidin.
a) Sumbangan Khalifah Abu Bakar al –siddiq.

  1. Nama sebenar: Abdullah bin Abu Quhafah
  2. Keturunan Bani Tamim.
  3. Digelar al – Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa yakin kebenaran kata – kata nabi.
  4. Sifatnya ikhlas, jujur dan setia pada baginda.
  5. Saidina Abu Bakar dicadangkan oleh Saidina Umar.
  6. Beliau mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam dengan mengambil tindakan terhadap orang Islam yang murtad dan golongan al-Rahiddah yang menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat.
  7. Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur(Byzantine) dengan menghantar Khalid bin al-Walid menentang Parsi & Usamah bin Zaid ke Ghassan.
  8. Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut, Nijran dan melantik amir mentadbirnya.
  9. Memperkenalkan bayaran gaji tentera, undang – undang tanah, hak golongan mawali
  10. Memerintahkan Zaid b. Thabit mengumpulkan tulisan al – Quran pada batu, kayu, kulit binatang kerana ramai orang hafiz al – Quran syahid, salinan al – Quran ini disimpan oleh Saidina Umar, Hafsah, (isteri nabi ) dan Saidina Uthman.
  11. Khalifah Abu Bakar digelar penyelamat umat Islam.
mawali: -orang bukan Arab memeluk Islam
              -memliki keistimewaan yg sama dgn muslim
              -perlu membayar cukai tambahan
b) Sumbangan Khalifah Umar al – Khattab.
  1. Nama sebenar: Umar bin al-Khattab bin Naufal
  2. Keturunan Bani Adi
  3. Bersifat berani, tegas, berterus – terang.
  4. Pelantikannya hasil cadangan Abu Bakar ketika sakit.
  5. Dianggap zaman keemasan Kerajaan Islam Madinah kerana banyak perubahan & pembaharuan dilakukan.
  6. Pembaharuan politik – Mengamalkan dasar pentadbiran dan melantik pegawai, menubuhkan majlis syura ( dianggotai wakil muhajirin dan Ansar ), membahagikan jajahan Islam kepada wilayah dan melantik wali ( gabenor).
  7. Penubuhan jabatan – Jabatan tentera, polis, percukaian, perbendaharaan. Setiap jabatan diketuai oleh katib ( setiausaha).
  8. Jabatan Kehakiman – dilantik hakim bergaji bulanan (500 dirham) dan diasingkan bagi mengelakkan salah laku.
  9. Sosial – pendidikan al – Quran di Masjid, menghantar guru agama ke wilayah ( Abu Sufyan ) dihantar ke Badwi).
  10. Memperkenalkan kalendar – tahun hijrah menjadi titik permulaan tahun pengiraan Islam.
  11. Tentera – membentuk tentera tetap dan sukarela, bergaji, berpakaian seragam, markas tentera dibina seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.
  12. Terusan dan tali air – menambah hasil pertanian seperti Terusan Amirul Mukminin (111km) di Mesir dan Empangan Abu Musa.
  13. Rakyat digalakkan meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar.
  14. Pengenalan cukai – cukai jizyah dikenakan kepada Zimmi, cukai kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah seperti tanaman gandum, barli, anggur.
  15. Baitulmal ditubuhkan untuk mengawal pendapatan negara.
  16. Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.
Zimmi - orang bukan Islam yang yang rela diperintah kerajaan Islam dan bebas daripada perkhidmatan ketenteraman dan pembayaran zakat ttp zakat

c) Sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.
  1. Nama sebenar: Uthman bin Affar bin Abil As bin Umaiyah
  2. Keturunan - Bani Umaiyah.
  3. Seorang hartawan yang dermawan, lemah lembut tolak ansur, bersimpati.
  4. Digelar Zun Nurain (menpunyai 2 cahaya) kerana pernah mengahwini 2 orang puteri nabi selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia.
  5. Dilantik daripada 6 cadangan calon, undi sama banyak diterima Uthman dan Ali. Tinjauan persetujuan orang ramai memilih Saidina Uthman menjadi khalifah. +Abdul Rahman bin Auf (pengerusi mesyuarat) meninjau pendapat.
  6. Dari segi politik – meluaskan empayar seperti ke Cyprus, Afghanistan, Samarkand, Tripoli dan khalifah pertama membina angkatan tentera laut Islam.
  7. Mengisyitiharkan naskah al-Quran Mushaf Uthmani.
  8. Membina jambatan, jalan raya rumah rehat pengembara.
  9. Baitulmal digunakan untuk mengukuhkan tentera laut Islam – membeli senjata dan kapal.
  10. Jizyah dikekalkan – antara sumber pendapatan baitulmal.
d) Sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib.
  1. Sepupu Nabi
  2. Keturunan Bani Hasyim
  3. Seorang yang berani, pahlawan, tegas, berpengetahuan luas tentang perundangan Islam.
  4. Dilantik hasil persetujuan sokongan suara terbanyak.
  5. Banyak menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan Islam - pakar dlm selok-belok hukum.
  6. Contohnya, menghentikan Perang Siffin (Perang Saudara) bila musuh mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan supaya dapat mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
  7. Membina markas tentera di Parsi dan Syria.
  8. Meneruskan cukai jizyah kepada Zimmi - dinyatakan dalam surat yang dihantarkannya kepada al-Asytar.
Asytar
  • nama sebenar - Malik bin al-Harlth al Nakha
  • serta dalam Perang Jamal dan Perang Siffin
  • Pejuang yang menyokong Saidina Ali
  • Dilantik menjadi gabenor di Mansil dan bandar-bandar lain di Iraq dan Syria
  • Tokoh yang berani
  • Pedang : al-Lujju ( kilauan air mengalir)

2 comments: