(3) Kerajaan Bani Umaiyah
a) Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Umaiyah.
  1. Nama kerajaan ini diambil sempena nama keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah b. Abdu Shams bin Abdu Manaf (peniaga terkenal).
  2. Diasaskan oleh Muawiyah b. Abu Sufyan, selepas peristiwa penyerahan kuasa daripada Saidina Hassan b. Ali untuk menggelakkan perpecahan umat Islam.
  3. Tahap 1- pemerintahan berpusat di Damsyik. Menggunakan gelaran khalifah, diasakan oleh Khalifah Muawiyah.
  4. Tahap 2 – berpusat di Codova menggunakan gelaran amir diasaskan oleh Abdul Rahman al – Dakhil (Abdul Rahman I)
  5. Keruntuhan Bani Umaiyah tahap pertama akibat serangan gerakan Abbasiyah.
  6. Hampir keseluruhan kerabat Bani Umaiyah terbunuh
  7. Abdul Rahman berjaya melarikan diri dari Fustat ke Palestin, Afrika, Maghribi dan Sepanyol lalu mendirikan B.U. tahap II
b) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah – bidang politik.
  • Sistem khalifah – ketua pemerintah pengganti Nabi Muhammad s.a.w.
  • Sistem wazarah – pelantikan wazir yang mengetuai pentadbiran kerajaan pusat.
  • Gabenor – mengetuai pentadbiran wilayah.
  • Sistem urus setia – pegawai utama dilantik mengumpulkan rekod, mengurus, mengurus surat dan dibahagikan pula kepada beberapa bahagian seperti bahagian cukai, ketenteraan, polis dan kehakiman.
  • Sistem hijabah – menjaga keselamatan dan memeriksa orang yang ingin menemui Khalifah.(pemegang amanah)
  • Penubuhan 4 jabatan – jabatan cukai, surat menyurat, urusan am dan urusan cap mohor pemerintah(diasakan oleh Muawiyah).
  • Penubuhan Diwanul Jundi (jabatan Ketenteraan) bagi mempertahankan negara.
  • Diikuti dengan penubuhan angkatan tentera darat dan tentera laut.
  • Sistem perundangan – hukuman berdasarkan ijtihad berpandu al-Quran, sunnah atau ijmak. Hakim mestilah bebas dan adil
Hijabah
  • erti: penyekatan
  • muawiyah memulakan sistem ini utk keselamatan dan langkah=langkah berjaya
  • tiada sekatan itk menemui khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin
3 pegawai dikecualikan
  1. Ketua Pos
  2. Ketua Penyedia Makan
  3. Bilal
c) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah – bidang sosial.
  • Ilmu pengetahuan – Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.
  • Ilmu pengetahuan yang semakin meninggi melahirkan ilmuwan seperti Khalil ibn Ahmad ( pakar bahasa dan filologi Arab ), Sibawayhi (ahli nahu Arab), Jarir (sasterawan) dll ( al-Farazdaq, Jamil al-Uzri, Umar ibn Abi Rabia'h )
  • Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara.
  • Tanda bunyi atau baris dalam tulisan al – Quran diperkenalkan untuk memudahkan umat Islam bukan Arab.
  • Ilmu agama – Urwah bin al-Zubayr & Ibn Zihat al – Zuhri (hadis), Ibn Jarith (tafsir al- Quran), Hasan al- Basri (usuluddin).
  • Hospital pertama- dibina oleh Khalifah al – Walid Abdul Malik di Damsyik.
  • Hospital penyakit kusta – dibina oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
  • Terjemahan pelbagai ilmu ke bahasa Arab – Ibn al – Nafis (pakar bedah) menterjemahkan buku berkaitan pembedahan.
  • Perkembangan ilmu moden lain – kimia, astronomi.
al-Shamsil fis Sina'ah al-Tabibiyah ( Kajian umum Profesion Kedoktoran)
  • teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan
d) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah ke – 2 di Andalusia.
  • Pusat pengajiaan tinggi di Cardova – diasaskan oleh Abdul Rahman III, kemudian berkembang ke Eropah.
  • Perpustakaan Cardova diasaskan oleh al – Hakam II.
  • Bandar ilmu / Pusat Keilmuan yang lain – Seville, Toledo, Granada.
  • Pusat penjermahan karya Yunani ke dalam bahasa Arab terdapat di Toledo.
  • Cardova (pusat kegemilangan ilmu) juga menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam dan Eropah.
  • Seni bina Islam – masjid Cardova lengkap dengan menara-36m, kubah beralaskan kayu berukir, dan tiang x1293 daripada marmar.
  • Penubuhan baitulmal – mendapat sumber pendapatan daripad kharaj (cukai tanah), jizyah ( cukai perlindungan), usyur ( hasil pertanian), ghanimah (harta rampasan perang) dan zakat ( wajib bagi umat Islam).
  • Cordova menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perdagangn antarabangsa contohnya perusahaan orang Islam seperti tembikar, perhiasan emas/perak, kulit, membuat senjata.
  • Pertanian – sistem saliran dan penyelidikan benih tanaman.
Abdul Rahman III & al-Hakam II mewujudkan 17 buah pusat pengajian dan 70 buah perpustakaan di Andalusia.

15 comments: