(6) Faktor penyebaran Islam ke    Eropah.
(a) Kekuatan pasukan tentera Islam.
  1. Pegangan akidah dan akhlak yang kukuh menjadi asas kekuatan kerajaan Islam menentang Eropah.
  2. Tentera Islam Zaman Uthmaniyah membentuk Semangat Ghazi iaitu semangat pahlawan berkorban jiwa raga demi menyebarkan Islam. Kesannya – kejayaan memperluaskan kuasa ke Eropah.
  3. Sistem ketenteraan Uthmaniyah dan Sistem Penggunaansenjata moden (meriam besar), tentera berkuda, kumpulan infantry yang kuat.
  4. Kumpulan Janissari Uthmaniyah ialah kumpulan elit terlatih dalam perang.
  5. Kekuatan armada laut – pada zaman Suleiman al-Kanuni armada ini mengawal kawasan Laut Mediterranean.
  6. Penaklukan Constantinople oleh Mehmed Fatih menandakan penyebaran Islam di kawasan Balkan
(b) Politik tidak stabil di Eropah.
  1. Perang antara kerajaan kecil di Eropah memudahkan Islam meluaskan kuasa.
  2. Kemasukkan tentera Uthmaniyah ke Eropah pada awalnya atas permintaan Maharaja John VI Cantacuzens yang meminta bantuan Orhan menuntut takhta kerajaan Byzantine.
  3. Kejatuhan Byzantine – memberi peluang kepada penyebaran Islam di Eropah.
  4. Institusi gereja di Eropah runtuh – penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpinnya. Kekurangan Kewangan maka ramai penganut Kristian memeluk Islam.
(c) Dasar pemerintahan Islam.
  1. Dasar diplomasi dan toleransi – masyarakat Eropah tidak dipaksa memeluk Islam.
  2. Kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodok diiktiraf, kerajaan Uthmaniyah tidak mencampuri hal keagamaan Kristian.
  3. Dasar sosial Islam berasaskan kecemerlangan individu dan bukan keturunan menarik minat orang Eropah memeluk Islam. Sistem ini membolehkan individu mendapat imbuhan hasil daripada usahanya.
  4. Kerajaan Islam tetap membina sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan rakyat di jajahan Eropah.
(d) Peranan penghijrah Turki dan pendakwah Islam.
  1. Ramai orang Turki berhijrah ke Balkan seperti kawasan Thrace, Lembah Maritsa utara Bulgria dan Albania yang didiami ahli sufi.
  2. Penghijrahan Turki ke Balkan mendirikan kediaman mereka di kawalan kediaman kumpulan Sufi.
  3. Pengajaran ahli kumpulan Safi menekankan toleransi dan asimilasi telah menarik ramai orang Kristian memeluk Islam.

No comments:

Post a Comment