(4) Kerajaan Bani Abbasiyah
a) Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Abbasiyah.
  1. Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, golongan Mawali (orang Islam bukan arab seperti Parsi dan Barbar) merasa didiskrimisikan (tidak dapat jawatan dan dikenakan cukai yang lebih tinggi).
  2. Bani Umaiyah yang mentadbir pula mula mengabaikan ajaran Islam.
  3. Kesannya golongan Mawali menyertai gerakan Abbasiyah.
  4. Sistem warisan Umaiyah juga telah ditentnag oleh orang Islam Syiah dan Khawarij.
  5. akhirnya gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.
  6. Gerakan ini dimulakan oleh Ali b. Abdullah secara sulit meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) agar mendapat sokongan.
  7. Pusat operasi mereka di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
  8. Pahlawan Besar/Pemimpin terkenalnya ialah Abu Salamah(kufah) dan Abu Muslim(khurasan).
  9. Ketika pemerintahan Abu Jaafar al – Mansur pusat pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad.
  10. Kerajaan ini berakhir apabila ditawan tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan.
  11. Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau monarki (pemerintahan keturunan raja).
  12. Nama kerajaan ini diambil sempena nama al – abbas (bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w).
b) Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah.
  1. Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya al-Makmun – Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu.
  2. Karya asing seperti falsafah dan sains Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa arab.
  3. Baitulhikmah (institusi keilmuan) telah dibina.
  4. Kegiatan penulisan terbahagi kepada 3 tahap iaitu mencatat segala idea atau percakapan, mengumpul idea yang serupa atau hadis Nabi Muhammad s.a.w. mengarang dgn lebih teliti kerana dalam bahagian dan bab yang berbeza antara satu sama lain.
  5. Penglibatan ulama dalam penulisan – fikah, tafsir, sejarah.
  6. Ulama terkenal seperti Ibn Ishaq (sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w), Abu Hanifah (fiqah dan ijtihad), Imam Malik (penyusun buku al-Muwatta)
  7. Ketika ini berlaku pemisahan ilmu tafsir, sirah dan hadis.
Ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah

c) Sumbangan Bani Abbasiyah dalam penterjemahan /       Perkembangan Intelektual.
  1. Terjemahan ke bahasa Arab dibuat daripada bahsa yunani, Suriani dan Yunani.
  2. Aspek 1: Orang Islam Islam menterjemah dan mencipta serta membuat pembaharuan, menghurai, menambahbaik karya tersebut ke bahasa Arab.
  3. Aspek 2: Islam memelihara warisan ilmu itu ketika Eropah dilanda Zaman Gelap (masyarakat Eropah kurang menghargai ilmu) kerana orang Islam memainkan peranan dalam berbakti kepada kebudayaan dunia. 
  4. Penyelidikan sarjana Islam kemudiannya diterjemaah pula ke bahsa asing(Eropah) yang membawa kebangkitan Eropah seperti Zaman Renaissance(Zaman Pemulihan Budaya).

27 comments:

  1. Thanks for this.. i like that☺

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. bgus ah bang,saya terus jadi pandai saya... huhuhu

    ReplyDelete
  5. Tak apa masalah kat sini carut carut

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah sgt membantu...saya kat sini x de lagi org yg mencarut...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah . tenkiu sgt membantu

    ReplyDelete